Pages

Tuesday, 14 January 2014

Edible garden , bukan sekadar hiasan

Seperti pokok hiasan lain, tanaman sayuran juga boleh dijadikan sebahagian elemen penanaman dalam hiasan laman rumah.. Ia bukan saja berfungsi untuk kecantikan malah kita berpeluang mendapat hasilnya.. Sekurang-kurangnya sayuran hasil tanaman tangan kita sendiri.. Lebih segar dan sihat sebab kita sendiri yang menjaganya..

Edible garden atau Kitchen garden.. Bila diterjemahkan dalam bahasa melayu berbunyiTaman sayuran atau Taman dapur.. Penghasilannya tidak terhad pada kawasan rumah yang mempunyai laman yang luas, apartment atau rumah flat pun boleh.. Samada ada kita ada halaman kecil macam balkoni sekalipun, kita masih boleh menghasilkan taman dapur ini.. Cuma perlu memilih sayuran atau buah-buahan yang bersesuaian dengan ruang persekitaran.. Kebiasaannya bagi taman dapur di balkoni, ia menggunakan kotak tanaman atau planter box.. Kita boleh menanam sayuran seperti cili, halia dan kunyit..Penyelengaaraannya juga mudah dan murah..
Taman dapur yang simple tapi macam-macam ada.

Edible garden

Edible garden


Ciri-ciri tumbuhan Edible garden/ Taman dapur

  • Sebahagian sayuran dan buah-buahan yang ditanam mengeluarkan bau wangi dari daunnya seperti daun kari, kesum, pudina, kunyit dan pandan.
  • Bau wangi pada bahagian umbisi seperti kunyit, halia, lengkuas, serai dan cekur.
  • Kebanyakan tanaman/sayuran ini mempunyai jangka hayat yang pendek.
  • Kurang mendapat serangan serangga perosak.
  • Mudah dibiak melalui kaedah tampang iaitu dari keratan batang, pucuk dan umbisi.
  • Mudah di selenggara atau di jaga.



Bagi menghasilkan Taman Dapur atau Edible garden ini memerlukan gabungan beberapa spesis pokok.. Ciri-ciri rekabentuk landskap seperti warna, tekstur, dan ketinggian perlu diambilkira.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menghasilkan Taman Dapur atau Edible garden ini, boleh menghubungi kami di sini..

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About