Pages

Monday, 13 January 2014

Panduan landskap laman rumah menarik




Bagi menghasilkan Landskap rumah yang menarik dan praktikal, anda perlu terlebih dahulu memahami apa itu Landskap?.  Bidang landskap merupakan sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif. Tidak hairanlah sekiranya kita melihat sesuatu landskap itu mengabung jalinkan elemen-elemen yang terdapat di muka bumi untuk membentuk laman yang menarik.

Sekiranya anda ingin membina landskap untuk rumah anda, di sini saya kongsikan beberapa tips dan panduan untuk anda membina laman rumah yang menarik dan harmoni






1. Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni. Sekiranya anda ingin menanam gugusan pokok atau tanaman hiasan pastikan anda menyusunnya mengikut ketinggian..pokok tinggi kat belakang manakala yang renek di depan. Sekiranya ia berbunga nanti, anda akan melihat hasilnya.  

2. Pastikan pokok yang ingin anda tanam, mudah dijaga dan tidak mendatangkan banyak masalah. Antara pokok hiasan yang dicadangkan ialah; 

  •  Moth Orchids (Phalaenopsis) 

Bunga orkid ini memberi sentuhan yang menarik dan menawan setiap mata yang melihatnya, Nama saintifiknya phalaenopsis atau moth orchids. Ia mempunyai warna yang menarik  seperti merah jambu, kuning, lavender dan putih. Ia bukan sahaja cantik, malah senang untuk dijaga, dan bunga mekarnya boleh bertahan sehingga 3 hingga 6 bulan.






  • Dracaena reflexa
Pokok dracaena merupakan sejenis pokok hiasan rumah yang sangat digemari kerana pokok jenis ini tahan lama dan boleh hidup di tempat yang rendah cahaya dan ia mudah dijaga. Terdapat pelbagai jenis pokok dracaena, dari pokok bersaiz kecil dan kompak ke pokok jenis berbuluh yang boleh mencapai ketinggian 10 kaki . 






  • Snake Plant
Snake plant ataupun nama lain 'lidah buaya' 'lidah jin' antara pokok yang sesuai dijadikan dekor dengan daunnya yang tinggi dan menonjol, Ia biasa ditaman  di sekeliling rumah..untuk dijadikan sebagai border @ bingkai . Sementara kebanyakan pokok mengambil oksigen di waktu malam, ia melepaskan oksigen. Pokok ini sesuai juga diletakkan di dalam bilik tidur anda untuk meningkatkan kualiti udara semasa anda tidur.






  • Peace Lily
Pokok Peace Lily sangat sesuai dijadikan hiasan kerana mempunyai bunga yang putih bersih menjadikan setiap sudut rumah anda nampak harmonis. Selain itu pokok ini senang dijaga dan berfungsi menapis benzene, formaldehyde, acetone, amonia and trichloroethylene dari dalam udara.

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About