Pages

Tuesday, 24 December 2013

Landskap

30 April 2013 (Selasa): Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Kursus Landskap dan Penyelenggaraan Pokok di kampus FRIM. Kursus selama empat hari dari 23 hingga 26 April 2013.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para peserta tentang proses perancangan, pelaksanaan serta kerja-kerja landskap, teknik-teknik penanaman dan penyelenggaraan tanaman landskap. Selain itu, kursus ini juga menyebarkan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan industri landskap serta menggalakkan interaksi dan kerjasama antara mereka yang terlibat dalam industri ini.
Seramai 27 orang peserta menghadiri kursus ini termasuk 6 orang urusetia dari Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar. Kebanyakan peserta kursus terdiri daripada kakitangan pihak berkuasa tempatan, universiti dan pengurusan taman bandaran, kontraktor landskap, mereka yang telibat secara langsung dalam bidang landskap serta individu-individu yang berminat untuk menceburi bidang landskap.
Kursus ini merangkumi pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kerja-kerja landskap. Topik-topik yang berkaitan dengan keperluan landskap semasa diketengahkan sepanjang kursus ini berlangsung. Kandungan kursus ini merangkumi pelbagai topik penting termasuk pertumbuhan dan biologi pokok, pengenalan dan asas landskap, teknik penyediaan, penanaman dan penjagaan pokok
Modul kursus ini bukan sahaja melibatkan kuliah dan perbincangan tetapi juga menekankan kerja-kerja amali. Peserta-peserta juga berpeluang menjalani amali dengan demonstrasi dan bantuan daripada para penyelidik FRIM serta pakar-pakar tempatan yang berpengalaman.
Pada akhir kursus ini peserta dapat mengenal dan memahami bidang landskap dengan lebih mendalam; memahami proses rekabentuk landskap; mengetahui kepentingan landskap di dalam pembangunan negara dan beryakinan untuk menjadi seorang yang berkemahiran dan berkeyakinan dalam dalam bidang penyelenggaraan landskap.

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About